𝐑𝐑𝐈𝐌 𝐓𝐄𝐑𝐔𝐒 𝐉𝐀𝐃𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐀𝐂𝐔 𝐈𝐍𝐎𝐕𝐀𝐒𝐈 𝐈𝐍𝐃𝐔𝐒𝐓𝐑𝐈 𝐆𝐄𝐓𝐀𝐇 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀
𝐑𝐑𝐈𝐌 𝐓𝐄𝐑𝐔𝐒 𝐉𝐀𝐃𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐀𝐂𝐔 𝐈𝐍𝐎𝐕𝐀𝐒𝐈 𝐈𝐍𝐃𝐔𝐒𝐓𝐑𝐈 𝐆𝐄𝐓𝐀𝐇 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀
YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Perladangan dan Komoditi hari ini mengadakan lawatan kerja ke Institut Penyelidikan Getah Malaysia (RRIM), Sungai Buloh bagi meninjau pelbagai kemajuan penyelidikan, inovasi dan pembangunan teknologi yang terus memperkukuh daya saing industri getah negara.
Lawatan tersebut merangkumi tinjauan ke pavilion pameran teknologi getah, aplikasi penyelidikan terkini, pensijilan produk, inisiatif TVET serta beberapa fasiliti makmal khusus termasuk Makmal Ujian Tayar, Makmal SEM dan Makmal Kejuruteraan.
Lawatan ini mencerminkan komitmen Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) dalam memperkasa ekosistem penyelidikan dan pembangunan (R&D), mempercepat pemindahan teknologi serta memastikan industri getah Malaysia terus kekal relevan, berdaya saing dan berteraskan inovasi di peringkat global.