Pengurusan Tertinggi agensi dan majlis
| Nama Agensi | Ketua Pengarah | Fungsi |
|---|---|---|
|
Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) |
Datuk Dr. Ahmad Parveez bin Ghulam Kadir KP |
MPOB adalah sebuah agensi utama kerajaan yang bertanggungjawab menerajui dan membangunkan industri sawit negara. Aktiviti teras MPOB adalah penyelidikan dan pembangunan merangkumi aktiviti pengeluaran huluan hingga pemprosesan produk hiliran sawit dan disokong oleh aktiviti kawal selia industri sawit. MPOB juga menyediakan khidmat nasihat teknikal untuk menyokong kemajuan industri sawit melalui kemudahan loji rintis, makmal, kajian saintifik, khidmat nasihat teknikal, perundingan teknikal, penerbitan saintifik, latihan teknikal, persidangan dan seminar, pemindahan teknologi dan khidmat pengembangan. https://www.mpob.gov.my Pautan: https://mpob.gov.my/ |
|
Lembaga Getah Malaysia (LGM) |
Dato’ Dr. Zairossani bin Mohd Nor |
Lembaga Getah Malaysia merupakan badan yang bertanggungjawab terhadap industri getah di negara ini. LGM ditubuhkan pada 1 Januari 1998, hasil gabungan Institut Penyelidikan Getah Malaysia (RRIM), Lembaga Penyelidikan dan Kemajuan Getah Malaysia (MRRDB) dan Lembaga Pasaran Getah Malaysia (MRELB) untuk meneruskan usaha memajukan serta membangunkan industri getah seperti yang dilakukan selama 94 tahun yang lalu. Kemajuan R&D dalam getah asli (NR) yang telah dicapai oleh RRIM juga telah meninggalkan impak terhadap industri NR Malaysia dan negara-negara pemprosesan NR yang lain. Objektif utama LGM ialah untuk membantu pembangunan dan pemodenan industri getah Malaysia dalam semua aspek daripada penanaman pokok getah, pengeluaran dan pemprosesan getah mentah, pembuatan barangan getah dan pemasaran getah dan produk getah. https://www.lgm.gov.my Pautan: https://www.lgm.gov.my/ |
|
Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) |
Encik Saiful Bahri bin Salleh |
Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia atau lebih dikenali sebagai MTIB adalah sebuah Badan Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Perladangan dan Komoditi yang bertanggungjawab dalam menerajui dan memajukan industri perkayuan negara. MTIB berperanan sebagai penyelaras dalam merangka polisi dan strategi bagi membangunkan industri perkayuan negara supaya ia berdaya saing di pasaran tempatan dan antarabangsa. https://www.mtib.gov.my Pautan: https://www.mtib.gov.my/ |
|
Lembaga Koko Malaysia (LKM) |
|
Lembaga Koko Malaysia (LKM) adalah satu agensi badan berkanun persekutuan di bawah Kementerian Perladangan dan Komoditi Malaysia (dulu dikenali sebagai Kementerian Perusahaan Utama sehingga tahun 2004). Ianya diwujudkan di bawah Akta Parlimen 343 (Pemerbadanan) pada 1988 dan mula beroperasi sejak tahun 1989. Objektif utama penubuhan adalah untuk membangunkan industri koko Malaysia yang bersepadu dan kompetitif di pasaran global. Penekanan diberikan kepada peningkatan produktiviti dan kecekapan dalam pengeluaran biji koko dan peningkatan aktiviti hiliran. https://www.koko.gov.my Pautan: https://www.koko.gov.my/doc/ |
|
Lembaga Lada Malaysia (MPB) |
Encik Vincent Anak Sawat |
Lembaga Lada Malaysia (MPB) adalah sebuah Badan Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Perladangan dan Komoditi dan ditubuhkan dibawah Akta Lembaga Lada Malaysia 2006 pada 1 Januari 2007. bu pejabat MPB terletak di Kuching, Sarawak, mempunyai dua buah Pejabat Wilayah iaitu di Johor Bahru dan Kota Kinabalu manakala sembilan buah Pejabat Cawangan terletak di Sarawak.MPB berperanan dalam pembangunan industri lada dari aspek penyelidikan, meningkatkan pengeluaran dan pengembangan lada. https://www.mpb.gov.my |
|
Lembaga Kenaf & Tembakau Negara (LKTN) |
Tuan Hj. Wan Baharuddin bin Wan Ismail |
Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) ditubuhkan pada 1 April 2010 melalui penguatkuasaan Akta Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 2009 [Akta 692] bagi merealisasikan objektif, dasar dan keutamaan negara dalam membangun serta mentadbir industri kenaf secara teratur selaras dengan pengukuhan polisi pembangunan industri kenaf sebagai sumber pertumbuhan baharu negara. Pelaksanaan Akta 692 telah memansuhkan Akta Lembaga Tembakau Negara (Pemerbadanan) 1973 [Akta 111] serentak dengan pembubaran dan peralihan fungsi LTN kepada LKTN. Akta 692 bertujuan mengadakan peruntukan yang lebih baik bagi industri kenaf dan tembakau serta mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara berkaitan dengannya. https://www.lktn.gov.my Pautan: https://www.lktn.gov.my/lktn/ |
|
Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) |
Puan Belvinder Kaur Sron Ketua Pegawai Eksekutif |
MPOC ialah sebuah agensi di bawah Kementerian Perladangan dan Komoditi. Ditubuhkan pada 1990, MPOC berperanan meningkatkan pasaran minyak sawit Malaysia dan produk-produknya. Usaha ini dilaksanakan dengan menambah baik imej dan permintaan terhadap minyak sawit Malaysia menerusi program kesedaran tentang pelbagai kelebihan tekno-ekonomi dan kelestarian komoditi ini. MPOC telah menubuhkan rangkaian sepuluh pejabat di seluruh dunia iaitu di China (Shanghai), India (Mumbai), Pakistan (Lahore), Bangladesh (Dhaka), rantau Timur Tengah (Istanbul dan Kaherah), Eropah (Brussels dan Moscow), Afrika Selatan (Johannesburg) dan Amerika (Washington, D.C.), untuk mempromosi minyak sawit Malaysia dan menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan. Industri minyak sawit Malaysia merupakan salah satu tunggak utama ekonomi negara. Pada 2020, industri ini menyumbang sejumlah RM72.8 bilion kepada pendapatan eksport negara dan masing-masing 26% dan 34% kepada jumlah pengeluaran dan eksport minyak sawit dunia. https://mpoc.org.my/ Pautan: https://www.mpoc.org.my/ |
|
Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) |
|
Majlis Pensijilan Minyak Sawit Malaysia (MPOCC) merupakan sebuah organisasi bebas tanpa keuntungan yang ditubuhkan pada Disember 2014. Ia ditubuhkan untuk membangunkan dan mengendalikan Skim Minyak Sawit Mampan (MSPO). MPOCC diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 dan merupakan sebuah syarikat dengan jaminan terhad. MSPO ditadbir oleh Ahli Pemegang Amanah dan mula beroperasi pada Disember 2015. Pada tahun 2024 MPOCC dijenamakan semula kepada Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia atau Malaysian Sustainable Palm Oil (MSPO). https://mspo.org.my/ Pautan: https://mspo.org.my/ |
|
Majlis Getah Malaysia (MRC) |
Encik Muhammad Eizaaz Bin Muhammad Redzuan Ketua Pegawai Eksekutif |
MRC ditadbir oleh Lembaga Pemegang Amanah yang dilantik oleh Menteri Perladangan dan Komoditi. MRC ditugaskan untuk menjalankan promosi pasaran produk getah Malaysia yang berkualiti di pasaran dunia, dan menyokong perusahaan kecil dan sederhana (PKS) melalui usaha promosi domestik. MRC mempunyai pejabat luar negara di Amerika Syarikat, Eropah, China dan India. https://www.myrubbercouncil.com/ |
|
Malaysian Timber Council (MTC) |
Puan Noraihan binti Abdul Rahman Ketua Pegawai Eksekutif |
Malaysian Timber Council (MTC), ditubuhkan pada Januari 1992, memainkan peranan yang penting dalam mengalakkan pembangunan dan pertumbuhan industri perkayuan negara. Diperbadankan sebagai sebuah Syarikat Berhad Menurut Jaminan di bawah Akta Syarikat 2016, penubuhan MTC merupakan hasil inisiatif industri perkayuan. MTC ditadbir oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah yang dilantik oleh Menteri Perladangan dan Komoditi. MTC memacu industri perkayuan negara di pentas global dengan menerajui inovasi, kelestarian dan peluasan pasaran bagi memastikan kedudukan Malaysia kekal sebagai antara pemain utama dalam perdagangan kayu antrabangsa. https://mtc.com.my/ Pautan: https://mtc.com.my/ |
|
Majlis Pensijilan Kayu Malaysia (MTCC) |
YBrs. Dr. Farrah Shameen binti Mohamad Ashray Ketua Pegawai Eksekutif |
Ditubuhkan pada tahun 1998, Majlis Pensijilan Kayu Malaysia (MTCC) adalah sebuah organisasi bebas yang ditubuhkan untuk membangun dan mengendalikan Skim Pensijilan Kayu Malaysia (MTCS). Skim pensijilan kayu nasional secara sukarela ini menjalankan penilaian bebas ke atas amalan pengurusan hutan dan audit bagi pengeluar produk kayu atau pengeksport untuk memastikan bahawa produk kayu dihasilkan atau dieksport diperoleh daripada hutan yang diurus secara mampan. Ini adalah untuk memastikan hutan asli dan ladang hutan di Malaysia diurus secara mampan, dan juga bagi memenuhi permintaan bagi produk kayu yang bersijil. MTCS telah diiktiraf oleh Programme for the Endorsement of Forest Certification (PEFC), program pensijilan hutan yang terbesar, merangkumi lebih 300 juta hektar hutan bersijil di seluruh dunia. MTCS juga merupakan skim pensijilan kayu tropika yang pertama di rantau Asia Pasifik yang memperoleh pengiktirafan dari PEFC. Sehingga 31 Disember 2020, sebanyak 5.27 juta hektar hutan telah disijilkan di bawah MTCS, meliputi 22 unit pengurusan hutan asli (Forest Management Unit atau FMU) dan lapan unit pengurusan ladang hutan (Forest Plantation Management Unit atau FPMU), manakala 386 buah syarikat telah disijilkan di bawah pensijilan rantaian jagaan (Chain of Custody atau CoC). MTCC telah melakar sebuah sejarah pencapaian pada tahun 2020 apabila dianugerahkan Sijil Penghargaan daripada PEFC diatas kejayaan di dalam peningkatan terbesar di kawasan hutan bersijil PEFC pada Majlis Penganugerahan yang berlansung secara maya pada 11 November 2020. Pengiktirafan itu adalah di atas kejayaan MTCC menambah 957,583 hektar lagi kawasan hutan bersijil MTCS/PEFC sepanjang September 2019 sehingga September 2020. https://mtcc.com.my/ Pautan: https://mtcc.com.my/ |
|
Institut Perladangan dan Komoditi Malaysia (IMPAC) |
Puan Nazatul Niza Nordin Ketua Pegawai Eksekutif |
Menjadi institusi latihan induk kepada institut latihan agensi di bawah Kementerian Perladangan dan Komoditi. Mengoptimakan sumber latihan sediada di bawah Kementerian Perladangan dan Komoditi dan agensi. Menawarkan kursus umum dan spesifik mengenai sesuatu komoditi. Melahirkan tenaga kerja terlatih di sektor perladangan dan komoditi. Menyelaras dan memperluaskan liputan/skop latihan kemahiran https://www.impac.edu.my Pautan: https://www.impac.edu.my/ |