BAHAGIAN BIOJISIM DAN BIOBAHAN API (BBA)
LATAR BELAKANG
LATAR BELAKANG BAHAGIAN
Bahagian Biojisim dan Biobahan Api (BBA) telah diberikan tanggungjawab dalam hal-hal berkenaan perancangan, penyelarasan, pelaksanaan dan pemantauan aktiviti serta fungsi berkaitan pembangunan industri biobahan api.
Struktur organisasi Bahagian BBA terbahagi kepada 2 unit :
- Unit Dasar
- Unit Pelesenan, Penguatkuasaan dan Pendakwaan
OBJEKTIF BAHAGIAN
Bahagian Biojisim dan Biobahan (BBA) ditubuhkan di bawah Kementerian Perladangan dan Komoditi bagi melaksanakan dan menguatkuasakan Akta Industri Biobahan Api Malaysia 2007 (Akta 666) serta peraturan-peraturan subsidiari di bawahnya.