Agrikomoditi Kenaf
Industri kenaf Malaysia.
Latarbelakang
INDUSTRI KENAF
- Kenaf atau nama saintifiknya Hibiscus cannabinus merupakan tanaman jangka pendek, berserat dan menyerupai pokok bendi. Kenaf berasal daripada Afrika.
- Tempoh matang pokok kenaf adalah antara 120 - 150 hari.
- Batang kenaf yang telah diproses menghasilkan fiber dan core. Kedua-dua elemen ini digunakan dalam penghasilan produk berkualiti dan mesra alam (green product) seperti produk biokomposit, biodegradable utensil (BDU), panel, bedding serta makanan ternakan.
- Tanaman kenaf mula diperkenalkan secara komersial melalui Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) pada tahun 2010 sebagai alternatif kepada tanaman tembakau.
- Industri kenaf kini giat dibangunkan dan menjadi sumber pendapatan baharu untuk pekebun kecil.
INDUSTRI TEMBAKAU
- Malaysia merupakan antara negara yang menyertai World Health Organization Framework Convention On Tobacco Control (WHO FCTC) yang mewajibkan pelaksanaan langkah-langkah yang berkesan bagi melindungi orang awam daripada pendedahan kepada asap tembakau.
- Bermula tahun 2010, pengilang rokok lebih cenderung untuk mengimport tembakau dari luar negara sejajar dengan pelaksanaan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) yang menjadikan harga tembakau lebih kompetitif dan murah berbanding pasaran tempatan. Kini, pengilangan rokok pasaran tempatan menggunakan 100% tembakau yang diimport.
- Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) telah dipertanggungjawabkan untuk mengawal selia serta menyelaras aktiviti berkaitan industri tembakau di Malaysia.