KPK Logo

BAHAGIAN PEMBANGUNAN INDUSTRI KOKO DAN LADA (IKL)

LATAR BELAKANG

  • Bahagian Pembangunan Industri Koko dan Lada (IKL) telah distruktur semula selepas penjenamaan Kementerian Perusahaan Utama (KPU) kepada Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) pada tahun 2004.
  • Bahagian IKL memainkan peranan penting dalam memajukan industri koko dan lada di peringkat dalam dan luar negara.

FUNGSI BAHAGIAN

  • Mengkaji dasar, strategi, program, undang-undang serta peraturan sedia ada selaras dengan keperluan semasa industri koko dan lada.
  • Memantau aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Lembaga Koko Malaysia (LKM) dan Lembaga Lada Malaysia (MPB).
  • Menyelaras dan menilai pelaksanaan projek-projek pembangunan bagi industri koko dan lada yang dijalankan oleh KPK, Lembaga Koko Malaysia (LKM) dan Lembaga Lada Malaysia (MPB)
  • Mengelola dan menyertai misi-misi galakan teknikal dan perdagangan.
  • Menghadiri persidangan, seminar dan bengkel di peringkat nasional dan antarabangsa
  • Mengemaskini maklumat berkaitan dengan industri koko dan lada bagi tujuan membantu penggubalan, perancangan dan pelaksanaan dasar dan strategi pembangunan industri berkenaan.
  • Mengawasi perkara-perkara am yang dijalankan oleh LKM dan MPB agar selaras dengan Peraturan dan Undang-undang, Pekeliling dan lain-lain arahan yang dikeluarkan oleh Kerajaan.
  • Memantau dan merangka strategi dalam menangani isu-isu yang berkaitan dengan halangan dagangan dan bukan dagangan yang dikenakan ke atas industri koko dan lada
  • Menyertai Pertubuhan Antarabangsa yang dianggotai oleh Malaysia seperti berikut:                               
  •  i.  International Cocoa Ornization (ICCO)                                                                                             
  •  ii.   International Pepper Community (IPC)                                                                                           
  •  iii.    ASEAN Cocoa Club (ACC)

CARTA ORGANISASI

AKTIVITI

HUBUNGI KAMI

BAHAGIAN PEMBANGUNAN INDUSTRI KOKO DAN LADA (IKL)
Kementerian Perladangan dan Komoditi
No. 15, Tingkat 5
Persiaran Perdana, Presint 2
62654 Putrajaya
No. Telefon: 03-8880 3313
Email : ikl [AT] kpk [DOT] gov [DOT] my