KPK Logo

BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA (PSM)

LATARBELAKANG

  • Bahagian PSM terdiri daripada 28 jawatan pegawai dengan pecahan 12 jawatan pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan 16 jawatan pegawai Kumpulan Pelaksana.
  • Terdapat empat (4) unit di Bahagian PSM seperti berikut:
    • Unit Perkhidmatan;
    • Unit Pembangunan Organisasi dan HRMIS;
    • Unit Latihan dan Kaunseling; dan
    • Unit Penyelarasan dan Pengiktirafan.
       
VISI

 

Menjadikan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia sebagai pengurus sumber manusia yang cekap dan efisyen.

 

MISI

 

Mengurus dan membangunkan sumber manusia KPK ke arah kecemerlangan melalui peningkatan kompetensi.

 

OBJEKTIF

 

Memastikan pewujudan struktur organisasi yang efektif dan pengurusan sumber manusia yang produktif dan berkualiti.

FUNGSI

  • Merancang dan mengurus keperluan sumber manusia serta hal-hal perkhidmatan warga KPK dan Agensi.

  • Melaksanakan kajian perjawatan dan menyediakan cadangan penstrukturan KPK dan Agensi.

  • Merancang dan menguruskan Mesyuarat Jawatankuasa Nomination Committee bagi pelantikan Ketua Pengarah/Timbalan Ketua Pengarah Agensi dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis dan Institut Latihan di bawah KPK.

  • Menyediakan perkhidmatan kaunseling dan program-program intervensi melalui AKRAB bagi kakitangan KPK dan Agensi.

  • Merancang, melaksana dan memantau Pelan Operasi Latihan (POL) bagi warga KPK.

  • Melaksanakan dan memantau sistem HRMIS berdasarkan 19 elemen penilaian KPI HRMIS KSU.

PEMEGANG TARUH / AGENSI SELIAAN

Warga KPK dan enam (6) Agensi di bawah KPK seperti berikut:

 

  • Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)
  • Lembaga Getah Malaysia (LGM)
  • Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB)
  • Lembaga Lada Malaysia (MPB)
  • Lembaga Koko Malaysia (LKM)
  • Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN)

CARTA ORGANISASI

AKTIVITI 2024

 

 

 

AKTIVITI 2026

AKTIVITI 2025