Perpustakaan
MENGENAI KAMI
Perpustakaan Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) telah diwujudkan pada tahun 2008 dan ditadbir urus oleh Seksyen Perpustakaan, Bahagian Khidmat Pengurusan dan Pembangunan (BKPP), KPK.
OBJEKTIF
Perpustakaan KPK menyediakan perkhidmatan perpustakaan dan maklumat dalam bidang agrikomoditi kepada kakitangan KPK, Agensi, Majlis, para pelajar dan penyelidik.
WAKTU PERKHIDMATAN
Isnin hingga Khamis:
9.00 pagi – 5.00 petang
1.00 petang – 2.00 petang (Rehat)
Jumaat:
9.00 pagi – 5.00 petang
12.15 tengah hari – 2.45 petang (Rehat)
Sabtu, Ahad, Cuti Umum: Tutup
KEMUDAHAN
Perpustakaan KPK turut dilengkapi dengan fasiliti yang komprehensif bagi menjamin keselesaan para pengguna seperti berikut:
Ruang Bacaan Umum
Kemudahan meja dan kerusi yang ditempatkan di seluruh ruang perpustakaan. Ruang ini boleh menampung kapasiti maksimum seramai 212 pengguna.
Ruang Bacaan Santai
Kemudahan sofa yang selesa ditempatkan di ruang bacaan akhbar dan terbitan bersiri. Ruang ini boleh menampung kapasiti maksimum seramai 15 pengguna.
Ruang Seminar / Kursus
Kemudahan ruang khusus untuk mengadakan seminar dan kursus yang mampu menempatkan sehingga 36 orang peserta.
Ruang Pameran Bertema
Ruang khas yang disediakan untuk pameran bertema anjuran perpustakaan mahupun agensi-agensi di bawah KPK.
Wi-Fi
Kemudahan capaian internet tanpa wayar disediakan untuk kemudahan pelawat.
Kapasiti Pengguna Semasa:
[ 1 ] Ruang Bacaan Umum (Meja bacaan): 20 orang
[ 2 ] Ruang Bacaan Santai (Sofa): 8 orang
[ 1 ] Ruang Seminar / Kursus: 30 orang