𝐊𝐄𝐂𝐄𝐌𝐄𝐑𝐋𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐈𝐑𝐀𝐈, 𝟖𝟗 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐋𝐆𝐌 𝐓𝐄𝐑𝐈𝐌𝐀 𝐀𝐏𝐂 𝟐𝟎𝟐𝟓
𝐊𝐄𝐂𝐄𝐌𝐄𝐑𝐋𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐈𝐑𝐀𝐈, 𝟖𝟗 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐋𝐆𝐌 𝐓𝐄𝐑𝐈𝐌𝐀 𝐀𝐏𝐂 𝟐𝟎𝟐𝟓
YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Perladangan dan Komoditi hari ini menyempurnakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Lembaga Getah Malaysia (LGM) Tahun 2025 yang berlangsung di Akademi Hevea Malaysia, Stesen Penyelidikan RRIM, Sungai Buloh.
Majlis ini merupakan pengiktirafan kepada warga LGM yang telah menunjukkan prestasi cemerlang, komitmen tinggi dan dedikasi luar biasa dalam melaksanakan amanah serta menyumbang kepada kemajuan industri getah negara. Seramai 89 pegawai dan warga kerja LGM menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2025.
Dalam ucapannya, YB Menteri menegaskan bahawa LGM bukan sekadar sebuah agensi teknikal, sebaliknya institusi strategik yang berperanan memacu penyelidikan, inovasi, pemindahan teknologi dan pembangunan industri getah negara agar terus relevan, berdaya saing dan memberi manfaat kepada rakyat.
Tahniah kepada semua penerima APC dan pengiktirafan khas. Semoga kecemerlangan yang diraikan hari ini terus menjadi pemangkin kepada budaya kerja berintegriti, inovatif dan berorientasikan penyelesaian demi memperkukuh sektor agrikomoditi negara.